Ikuti kami di Facebook

17 Jun 2011

Perjumpaan Ibu Bapa (PKSR 1) '11

Assalamualaikum w.b.t

 Tanggal 17 Jun 2011 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya hari di mana ibu bapa akan di perlihatkan oleh guru-guru akan keputusan akademik dan agama bagi anak masing-masing.Bukan itu sahaja,ibu bapa juga boleh berbincang dengan dengan guru-guru tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh anak-anak mereka dan merangka pelan untuk memperbaiki sebarang kemusykilan yang timbul.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

15 Jun 2011

Projek Menambah Bangunan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

 Setelah hampir 6 tahun Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi mendidik anak-anak bangsa dari segenap segi dari akademik sehinggalah agama termasuk adab-adab di dalam Islam,akhirnya sekolah ini di dalam proses untuk menambah bilangan bilik darjah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

 Sehubungan dengan itu tiada projek ini akan berjalan dengan bantuan RABBUL I'ZZATI serta melalui sokongan pihak ibu bapa dan para pihak pengurusan sekolah.Justeru itu pihak sekolah membuka peluang untuk para muslimin sekalian untuk terlibat di dalam 'saham' akhirat ini dengan menginfak bantuan kewangan bagi menjayakan projek yang murni ini.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

14 Jun 2011

Makluman perjumpaan Ibu Bapa

Asssalamualaikum w.b.t

Gambar Hiasan


  Sukacita dimaklumkan pada 17 Jun 2011 bersamaan hari Jumaat akan diadakan perjumpaan ibu bapa yang bertempat di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

 Perjumpaan ini rentetan daripada hasil peperiksaan PKSR 1 yang berlangsung dari 20 Mei hingga 27 Mei 2011 dari jam 2 petang sehingga pukul 4 petang.Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memberi kerjasama dengan menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini bagi mengetahui sama ada pelajaran anak-anak mereka meningkat atau sebaliknya.

 Berikut merupakan persiapan guru-guru menghadapi hari tersebut:








 Terima kasih atas kerjasama kalian,harap maklum.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

08 Jun 2011

Kelas Intensif Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

  Cuti sekolah sedang meniti saat untuk berakhir,tetapi Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi tidak akan membiarkan para pelajarnya membuang masa cuti mereka dengan perkara atau aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

  Justeru itu sekolah dibuka selama 10 hari dari pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari.Polisi kali ini tidak memaksa pelajar untuk hadir ke kelas intensif,kerana ia diadakan bagi pelajar-pelajar yang 'berkelapangan' sahaja.Namun begitu kehadiran ke kelas intensif ini boleh dikatakan pada tahap memuaskan.Kelas pula diadakan mengikut guru-guru yang bertugas mengikut giliran mingguan.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...