Ikuti kami di Facebook

10 Mac 2010

MESYUARAT PIBG 2010



SALAM ALAIK DAN SELAMAT SEJAHTERA!

Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan entiti penting dalam sesebuah sekolah, penubuhannya yang termaktub dalam Akta pelajaran 1961, membuktikan PIBG ialah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu menjadi wadah forum dan khidmat bakti untuk kemajuan pelajar di sekolah berkenaan, disamping membantu melengkapkan keperluan kebendaan serta membolehkan para ibu-bapa dan guru-guru berkongsi dan bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan dan cara-cara meningkatkan lagi prestasi akademik dan ko-kurikulum pelajar. (Perlembagaan PIBG, Akta Pelajaran 1961)

Objektif penubuhan PIBG, amat jelas sebagaimana yang dinyatakan di atas. Namun kerencaman permasalahan khususnya yang berkaitan dengan akhlak dan sakhsiah pelajar kian mengusarkan kita, apatah lagi pelajar yang menjadi aset utama modal insan yang akan meneruskan survivle agama dan bangsa dicalari oleh pelbagai isu seperti keruntuhan moral pelajar, gejala buli dan peras ugut, serta pergaduhan yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

Melihat kepada situasi ini, penglibatan PIBG amat signifikan untuk membentuk kerjasama dan kemuafakatan dalam melakukan perancangan yang teliti demi mengatur strategi dan gerak kerja bersepadu dalam menangani masalah serta mengaktifkan komuniti sekolah yang merupakan sebahagian daripada masyarakat , ia memerlukan penggerak yang komited terutamanya ibu bapa dan guru dalam membawa misi kecemerlangan sekolah untuk melahirkan pelajar yang mulia budi pekertinya dan menjadi aset modal insan berkualiti tinggi yang akan diwariskan untuk agama, bangsa dan negara.Untuk paparan menarik ini boleh layari di sini>JAKIM-MODAL INSAN
Oleh hal yang demikian, satu mesyuarat agung PIBG akan di adakan pada Ahad, 28 Mac 2010. Acara tahunan ini akan membincangkan segala isu dan usul yang dikemukakan baik dari pihak ibubapa mahupun guru sendiri.Oleh hal demikian, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amatlah di harapkan. Surat-menyurat berkaitan dengan mesyuarat ini telah diedarkan dan perlu dikemaskinikan oleh ibubapa secepat mungkin.

Kami sangat mengalu-alukan respons yang positif daripada semua pihak. Semoga kita dapat memeriahkan majlis tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.

Jumpa di sana!
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...