Ikuti kami di Facebook

10 Mac 2010

CUIS@FACEBOOK


SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Sebagai menyahut arus kemodenan, SRICU tidak terkecuali memiliki akaun percuma di laman sosial facebook.

Tuan/puan dan pelajar disarankan untuk mengikuti perkembangan terkini perihal sekolah di laman tersebut. Semoga usaha untuk mengembangkan ilmu dan mempopularkan potensi sekolah kita tercapai.

Tuan/puan serta pelajar boleh mencari akaun sricuis@gmail.com atau sricu/cuis pada kekunci "CARI/SEARCH" dan klik untuk mendaftar sebagai kawan.

Ayuh kita bersama meriahkannya.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

HARI USAHAWAN


SALAM ALAIK DAN SELAMAT SEJAHTERA,
Kepada:
Ibu/bapa/penjaga pelajar
Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Tuan,
JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI SESI 1/2010

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat agong bagi Persatuan Ibubapa dan Guru SRICU akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 29 Mac 2010
Tempat : Dataran Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
Masa : 8.30 a.m.- 10.30 a.m.

Agenda :
1. Pengesahan minit mesyuarat tahunan PIBG SRICU 2009
2. Pengesahan Laporan Kewangan SRICU berakhir 31 Disember 2009
3. Pengesahan Laporan Tahunan Aktiviti SRICU 2009
4. Perbincangan hal semasa
5. Penyataan dan perbincangan usul yang membina
6. Hal berbangkit

3. Di samping itu, untuk pengetahuan tuan/puan bagi memeriahkan lagi suasana,pihak kami juga turut mengadakan Hari Usahawan pada hari berkenaan. Terdapat banyak gerai akan dibuka dengan memperdagangkan pelbagai jenis barangan yang dikendalikan mengikut kelas para pelajar dan juga orang awam.

4. Oleh itu, kami amat mengharapkan kehadiran tuan/puan pada mesyuarat agong ini sementelah ini merupakan medan untuk ibubapa berbincang secara terus dan telus bersama pihak pentadbir sekolah khususnya dan guru-guru amnya. Bersama ini, dilampirkan borang pengesahan kehadiran dan borong cadangan untuk pihak kami mengambil perhatian,tindakan dan dibincangkan sewaktu mesyuarat berkenaan.

5. Dengan ini, kami memohon kerjasama dari pihak tuan/puan bagi melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini. Sesungguhnya, bulat air kerana pembentung, begitulah kita perlu bekerjasama untuk memajukan lagi sekolah ini.


“ MENCAPAI KECEMERLANGAN DUNIA AKHIRAT”

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………………………
(‘ATIKAH ‘ADAWIYAH BINTI ABDUL GHANI)
Setiausaha
Persatuan Ibubapa dan Guru ‘09/’10
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

MESYUARAT PIBG 2010



SALAM ALAIK DAN SELAMAT SEJAHTERA!

Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan entiti penting dalam sesebuah sekolah, penubuhannya yang termaktub dalam Akta pelajaran 1961, membuktikan PIBG ialah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu menjadi wadah forum dan khidmat bakti untuk kemajuan pelajar di sekolah berkenaan, disamping membantu melengkapkan keperluan kebendaan serta membolehkan para ibu-bapa dan guru-guru berkongsi dan bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan dan cara-cara meningkatkan lagi prestasi akademik dan ko-kurikulum pelajar. (Perlembagaan PIBG, Akta Pelajaran 1961)

Objektif penubuhan PIBG, amat jelas sebagaimana yang dinyatakan di atas. Namun kerencaman permasalahan khususnya yang berkaitan dengan akhlak dan sakhsiah pelajar kian mengusarkan kita, apatah lagi pelajar yang menjadi aset utama modal insan yang akan meneruskan survivle agama dan bangsa dicalari oleh pelbagai isu seperti keruntuhan moral pelajar, gejala buli dan peras ugut, serta pergaduhan yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

Melihat kepada situasi ini, penglibatan PIBG amat signifikan untuk membentuk kerjasama dan kemuafakatan dalam melakukan perancangan yang teliti demi mengatur strategi dan gerak kerja bersepadu dalam menangani masalah serta mengaktifkan komuniti sekolah yang merupakan sebahagian daripada masyarakat , ia memerlukan penggerak yang komited terutamanya ibu bapa dan guru dalam membawa misi kecemerlangan sekolah untuk melahirkan pelajar yang mulia budi pekertinya dan menjadi aset modal insan berkualiti tinggi yang akan diwariskan untuk agama, bangsa dan negara.Untuk paparan menarik ini boleh layari di sini>JAKIM-MODAL INSAN
Oleh hal yang demikian, satu mesyuarat agung PIBG akan di adakan pada Ahad, 28 Mac 2010. Acara tahunan ini akan membincangkan segala isu dan usul yang dikemukakan baik dari pihak ibubapa mahupun guru sendiri.Oleh hal demikian, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amatlah di harapkan. Surat-menyurat berkaitan dengan mesyuarat ini telah diedarkan dan perlu dikemaskinikan oleh ibubapa secepat mungkin.

Kami sangat mengalu-alukan respons yang positif daripada semua pihak. Semoga kita dapat memeriahkan majlis tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.

Jumpa di sana!
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Mac 2010

CUIS LEADERSHIP CAMP 2010

Unit Disiplin dan Kaunseling SRICU bakal mengadakan sebuah kem kepimpinan yang dinanti-nantikan oleh pelajar tersebut. Pihak sekolah mewajibkan penyertaan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong ketua kelas dari tahun 3 hingga tahun 6 untuk menyertai kem kepimpinan ini.

Berikut adalah maklumat program tersebut:


Tarikh : 5-7 Mac 2010

Hari : Jumaat – Ahad

Tempat : Dusun Eco Resort, Bentong Pahang

Yuran : Akan dimaklumkan kemudian


Kem ini adalah bertujuan untuk:

  • Memperkasakan daya pimpin pelajar serta memperteguhkan keyakinan diri mereka selaku seorang pemimpin berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Melatih pelajar secara intensif mengenai kepimpinan dan pengurusan organisasi.
  • Memperkasakan daya pimpin pelajar serta keyakinan diri mereka sebagai seorang pemimpin yang berkredibiliti.
  • Menyemai nilai kesungguhan, kejujuran, rasa tanggungjawab, dan bekerja sebagai satu amanah dalam usaha melahirkan pimpinan pelajar yang berintegriti.
  • Menerapkan nilai ‟Bekerja Sebagai Hamba Kepada Allah, Khalifah Kepada Alam dan Pejuang Kepada Agama” dalam diri setiap pelajar.
  • Menganjurkan program yang merealisasikan misi dan visi Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

Surat kebenaran telah diedarkan kepada ibubapa untuk mendapatkan kebenaran dan keizinan anak-anak mereka ke kem tersebut.


Berikut ialah tentatif yang bakal berlangsung sepanjang kem ini di jalankan.

05/03/2010 (Jumaat)

02.45 petang : Bertolak dari SRI Cahaya Ummi

04.00 petang : Tiba di Dusun ECO Resort, Bentong

04.15 petang : Check-in dan taklimat

04.45 petang : Solat Asar berjemaah

05.30 petang : Ice-breaking

06.00 petang : ‟Persekutuan Cahaya Ummi”

06.30 petang : Makan malam/ khidmat diri

07.30 malam : Solat Maghrib berjemaah

08.00 malam : Slot 1 ‟Siapa aku?”

08.45 malam : Solat Isyak berjemaah

09.15 malam : Slot 2 ‟Antara Pemimpin dan Pengurus”

09.45 malam : LDK 1 - The Ultimate Skycrapper

10.30 malam : Minum malam

10.45 malam : Selami malam

06/03/2010 (Sabtu)

06.00 pagi : Solat Subuh berjemaah

07.00 pagi : Senaman pagi

07.30 pagi : Sarapan/ khidmat diri

08.30 pagi : LDK 2 - You and I

09.00 pagi : Slot 3 ‟Sahabat: Cermin Diri”

10.00 pagi : Minum pagi

10.30 pagi : LDK 3 – Urban Planner

11.30 t/hari : Perbincangan kumpulan

12.15 t/hari : Makan tengah hari/ khidmat diri

01.30 petang : Solat Zohor berjemaah

02.15 petang : Slot 4 ‟Kemahiran Komunikasi”

03.15 petang : Minum petang

03.30 petang : LDK 4 – Problem Solving

04.15 petang : Perbincangan kumpulan

04.45 petang : Solat Asar berjemaah

05.15 petang : Rekreasi

06.30 petang : Makan malam/ khidmat diri

07.30 malam : Solat Maghrib berjemaah

08.45 malam : Solat Isyak berjemaah

09.15 malam : Malam Kesenian Islam

10.30 malam : Jamuan barbeku

11.00 malam : Selami malam

07/03/2010 (Ahad)

06.00 pagi : Solat Subuh berjemaah

07.00 pagi : Senaman pagi

07.30 pagi : Sarapan pagi

08.00 pagi : Jungle tracking

11.00 pagi : Khidmat diri/ bersiap-siap

12.00 t/hari : Majlis Perasmian Penutup

01.00 petang : Jamuan penutup

01.30 petang : Solat Zohor berjemaah

02.00 petang : Bertolak pulang







..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

LAPORAN KEM SQ-MAC

Gambar-gambar sekitar aktiviti Kem SQ-MAC yang lalu:



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...