Ikuti kami di Facebook

03 Februari 2010

KEM SQ-MaC

SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

KEM SQ-MaC
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
_______________________________________________________________________________________________________________
Pihak SRICU berbesar hati membenarkan pelajar-pelajar SRICU untuk hadir pada Kem tersebut. Pihak sekolah juga akan menyediakan bas sebagai kemudahan bagi pelajar ke kem pada petang hari Jumaat tersebut. Para pelajar akan bersekolah seperti biasa dahulu pada waktu pagi dan akan bertolak bersama-sama ke Masjid Wilayah pada petangnya.
SQ-MaC ialah singkatan kepada Solat Berkualiti = Minda Cemerlang. Kem ini merupakan program intensif pemantapan kualiti solat anak-anak, meliputi bab taharah, rukun solat dan aspek khusyuk dalam solat. Ia adalah program kerjasama Ikhwah Training Management dengan Masjid Wilayah Persekutuan, dalam usaha melebarkan sayap dakwah dan syiar Islam.
Sepanjang program ini, para peserta akan diberi bimbingan secara intensif berkaitan :
1. Wudhuk yang sempurna secara teori dan praktikal.
2. Tayammum dan praktikal.
3. Kesempurnaan rukun qauli secara teori dan praktikal.
4. Kesempurnaan rukun fi’li secara teori dan praktikal.
5. Khusyuk melalui pemahaman makna bacaan.
6. Kesucian hati.
7. Menjadi anak yang soleh dan solehah.
Untuk lebih pendetailan, boleh merujuk kepada laman berikut : KEM SQ-MaC
Sama-sama kita nantikan laporan dan perkembangan anak-anak pelajar sepanjang mereka mengikuti kem tersebut nanti!



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...