Ikuti kami di Facebook

24 Mei 2009

JEMPUTAN LAPES 2

Kepada,
Prof/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan/,

PEMBERITAHUAN KEM LATIHAN PEMBENTUKAN SAHSIAH KEDUA (LAPES 2) PELAJAR CAHAYA UMMI ISLAMIC SCHOOL 2009


Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacitanya dimaklumkan kepada ibu bapa bahawa kem Latihan Pembentukan Sahsiah Sesi 2/2009 akan diadakan tidak lama lagi . Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 20 -22 Februari yang lalu dengan kehadiran 79 orang peserta dari tahun 1 hingga tahun 6. Yuran RM80 telah dikenakan merangkumi tiga kali sesi LAPES. Oleh hal yang demikian, ibu bapa tidak perlu memikirkan bayaran yuran tersebut kecuali jika masih tidak berbuat demikian. Maklumat mengenai program adalah seperti berikut:

Nama Program :Latihan Pembentukan Sahsiah Sesi 1 2009
Tema : ”Anak Soleh Generasi Harapan” (Taqwimu Jilul-Manshud)
Tarikh : 25 – 26 April 2009 (Sabtu – Ahad)
Tempat : Cahaya Ummi Islamic School, d/a Surau Ibrahimiah, Jalan 2/12,
Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur.


3. Untuk pengetahuan tuan/puan, perjalanan program akan bermula dari jam 8 pagi, Sabtu, 25 April 2009 iaitu sesi pendaftaran dan akan berakhir jam 12 tengahari pada hari Ahad,26 Februari 2009. Memandangkan program ini bermula pada waktu pagi, adalah diingatkan agar para pelajar boleh menghadirkan diri tepat pada waktunya atau datang bagaikan hari persekolahan seperti biasa. Ini adalah penting untuk memastikan tiada masalah berkaitan kelewatan agenda yang akan berlaku terhadap pelajar mahupun pihak sekolah.


4. Dalam pada itu, untuk keselesaan para pelajar, diminta pihak tuan/puan untuk memastikan pelajar membawa bersama keperluan seperti yang disenaraikan pada lampiran 1. Hal demikian adalah penting untuk memastikan kelancaran sepanjang program ini berlangsung.


5. Harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memberikan kerjasama untuk memastikan kelangsungan dan kejayaan program ini demi membentuk anak-anak yang soleh dan mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Bersama ini saya lampirkan kertas kerja program dan borang jawapan untuk tindakan pihak tuan/puan. Sebarang masalah atau pertanyaan berhubung dengan program boleh diajukan kepada :


Pengarah Program : Cik ’Atikah Adawiyah Abdul Ghani
013-9122345 atau inibudakbaik@gmail.com
Setiausaha Program : Puan Mardiah Hayati Abd.Rahman
013-3734055 atau acudiah@yahoo.com


Segala kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 Mei 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG 2009


PIBG sinonim dengan nama Persatuan Ibubapa Dan Guru. Ianya menjadi tunjang yang penting dalam perjalanan dan aktiviti sekolah.


YDP PIBG : Encik Mohd Tajaharis binti Ismail
SETIAUSAHA :Cik 'Atikah 'Adawiyah binti Abdul Ghani
BENDAHARI : Pn Azilah binti Sidek
AJK :

1. Puan Elis Rofiza binti Musa (AJK)
2. Encik Mohd Zain bin Abdullah (AJK)


3. Encik Abidullah bin Hj Abd Hamid (AJK)

4. Puan Aniza binti Abdullah (AJK)

5. Encik Mazlan bin Makbar (AJK)
6. Encik Abidullah bin Hj Abd Hamid (AJK)

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 11 April 2009. Mesyuarat tahunan ini diadakan untuk membincangkan aktiviti dan perancangan sekolah.




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

09 Mei 2009

LAWATAN DARI SEKOLAH YALA



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

08 Mei 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...