Ikuti kami di Facebook

19 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Tanggal 16 Mei datang lagi. Pada tarikh keramat ini pasti akan diingati oleh semua insan. Pada tarikh ini, kita pasti akan mengingati jasa dan keringat seorang guru kepada kita. Biar hebat mana seorang insan itu, ianya bermula dari didikan seorang guru.

Semua tahu peranan guru. Mengajar dan mendidik. Memberitahu supaya lebih tahu. Kerana seorang guru itu penuh hemah dan hikmah. Oleh hal demikian, tanda ingatan itu perlu sentiasa mekar di hati.

Pantun Hari Guru

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.



MAKLUMAN: SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI, akan diadakan pada Jumaat, 4 Jun 2010. Semua pelajar wajib hadir dan membawa juadah. Pelajar dibenarkan pulang pada jam 2 petang pada hari tersebut. Jangan lupa ya!
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

17 Mei 2010

LAPORAN LAPES 2

SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Ini adalah kesinambungan dari tulisan hebahan LAPES 2. LAPES 2 telah selamat dijayakan dengan lancar. Serami 76 orang pelajar telah menyertainya. Rata-rata mengatakan program ini seronok dan bermanfaat. Lapes 2 ini dikendalikan sepenuhnya oleh CSQ Training and Consultant dan diketuai oleh Ustaz Azizul Asri Tajuddin serta bimbingan 4 Fasi lelaki dan 2 fasi perempuan.

Pelbagai acara menarik telah di susun termasuklah ice breaking, membina menara impian, slot khas buat ibubapa dan explorace. Pelajar jua diterapkan sekali lagi untuk makan bersama-sama dengan makanan diletakkan di dalam dulang. Malahan pelajar diterapkan untuk kekal berdisiplin dan patuh kepada arahan Kem Komanden.

Mari sama-sama kita tatapi gambar-gambar keriangan di bawah ini:

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

12 Mei 2010

PKSR 1




PKSR 1 AKAN BERMULA PADA 19-27 MEI 2010. SELAMAT BERSEDIA SEMUA!




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2010

SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Temasya sukan yang berlangsung pada 24 April yang lalu, telah selamat berlangsung dengan jayanya. Pelbagai perkara di luar jangkaa berlaku terutamanya dari segi pengumpulan mata dan keputusan. Jika dinilai melalui prestasi, semua pasukan bakal mengungguli acara-acara baik dari segi acara padang mahupun sukaneka.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...